Friday, 28 September 2012

Makmum Masbuq & Solat Sunat Rawatib

Assalammualaikum..

Waaahhh, dah berhabuk gile blog kami ni. Maap la, bukan lupa, tapi takde idea nak tulis ape.hee =). Ok, hari ni Syeira pinjam buku dari ustazah dia tentang soal jawab agama. So, kat sini kami nak share sikit la apa yang kami baca =)
Hah, buku ni la yg Syeira pinjam =)
Makmum Masbuq
+ Maksud: Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama imam.
+ Jika imam sedang rukuk: Jika makmum sempat untuk takbir ihram & rukuk bersama imam, maka makmum tersebut dapatlah 1 rakaat. Seelok-eloknya ada jarak masa (tomakninah) antara takbir ihram & rukuk, jangan nak laju sangat sampai bas ekspress pun kalah dah la =)
+ Jika imam sedang sujud/ duduk di antara 2 sujud: Makmum hendaklah takbir ihram & kemudian mengikuti perbuatan imam tetapi ianya tidak dikira sebagai rakaat, oleh itu makmum tersebut hendaklah menambah rakaatnya. 

Solat Sunat Rawatib
+ Maksud: Solat sunat yang dilakukan sebelum @ selepas solat fardhu tetapi tidak pada semua solat fardhu
+ Waktu yang dibenarkan solat sunat rawatib:
       # Sebelum solat subuh
       # Sebelum & selepas solat zuhur @ jumaat (boleh pilih untuk
          buat pada sebelum @ selepas solat fardhu, nak buat dua2 pun
          lagi boleh & amat digalakkan)
       # Sebelum solat asar
       # Selepas solat maghrib
       # Selepas solat isyak
+ Dalil : 
"Aku menghafaz daripada Nabi s.a.w solat dua rakaat sebelum solat zuhur, dua rakaat selepas solat zuhur, dua rakaat selepas solat maghrib, dua rakaat selepas solat isyak & dua rakaat sebelum solat subuh.."
(Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment