Saturday 29 September 2012

Kisah di Suatu Pagi

Assalammualaikum.

Hari ini ktrg nak share 1 benda yang menyakitkan hati. Aisshhh, apa tu?. Jalan cerita seperti di bawah eh?hee

1. Hari ni ktrg pergi belaja moto & kereta (next week nak test~ tatutttnye~ erk, gedik! haha)
2. So dalam tengah2 bosan tunggu ejen datang ambil tu, ktrg dok la perhatikan kesibukkan lalu lintas
3. Tiba2, Syeira cakap dgn aku 
Syeira: Along, ada orang kena langgar
Aku: Sape?
Syeira: Ntah la, tak tahu la uncle ke pak cik ke
4. So dengan kepohnya ktrg pun sibuk la menjengah2 ke tempat kejadian (tengok dari jauh je)
5. Rupa-rupanya pak cik tu tengah jalan kaki then kena himpit dengan lori yang nak isi minyak

So apa kena mengena cerita dekat atas dengan rasa sakit hati ktrg ni?. Ok, meh ktrg bgtahu. Yang ktrg geram gile nye, driver lori tu juz turun jengah pak cik tu, then dia boleh je naik lori balik dengan selambanya (time driver tu turun lori, dah ada uncle India tu tolong angkat pak cik tu & dudukkan dia dekat kerusi). Issshhh, sangat biadap ok! ktrg tengok pak cik tu muka dah sakit je then tak lama lepas tu pak cik sambung balik jalan kaki dengan perlahan-lahan & seret2 sikit kaki dia T_T. Kesian gile ktrg tengok pak cik tu~. Ktrg nak tolong pun tak tahu nak tolong macamana, ktrg juz mampu tengok pak cik tu je T_T

Time tu memang ktrg dah geram gile la tengok kebiadapan driver tu & hati aku terdetik 'memang dah hilang perasaan sopan ke dalam diri rakyat kita?'. Aku bukan saje2 je nak cakap macam ni, korang pernah baca tak yang kes lori bawa duit syiling accident? time tu apa orang kita buat? ada dyrg tolong orang yang accident? TAK ADA pun, yang dyrg buat ialah sibuk pergi kutip duit syiling tu semua. Sedih tengok situasi macam ni berlaku kat Malaysia. Uhm :(. Ni aku share link tentang lori duit syiling tu.
*kredit kepada Harian Metro & Muslimeen United

Friday 28 September 2012

Makmum Masbuq & Solat Sunat Rawatib

Assalammualaikum..

Waaahhh, dah berhabuk gile blog kami ni. Maap la, bukan lupa, tapi takde idea nak tulis ape.hee =). Ok, hari ni Syeira pinjam buku dari ustazah dia tentang soal jawab agama. So, kat sini kami nak share sikit la apa yang kami baca =)
Hah, buku ni la yg Syeira pinjam =)
Makmum Masbuq
+ Maksud: Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama imam.
+ Jika imam sedang rukuk: Jika makmum sempat untuk takbir ihram & rukuk bersama imam, maka makmum tersebut dapatlah 1 rakaat. Seelok-eloknya ada jarak masa (tomakninah) antara takbir ihram & rukuk, jangan nak laju sangat sampai bas ekspress pun kalah dah la =)
+ Jika imam sedang sujud/ duduk di antara 2 sujud: Makmum hendaklah takbir ihram & kemudian mengikuti perbuatan imam tetapi ianya tidak dikira sebagai rakaat, oleh itu makmum tersebut hendaklah menambah rakaatnya. 

Solat Sunat Rawatib
+ Maksud: Solat sunat yang dilakukan sebelum @ selepas solat fardhu tetapi tidak pada semua solat fardhu
+ Waktu yang dibenarkan solat sunat rawatib:
       # Sebelum solat subuh
       # Sebelum & selepas solat zuhur @ jumaat (boleh pilih untuk
          buat pada sebelum @ selepas solat fardhu, nak buat dua2 pun
          lagi boleh & amat digalakkan)
       # Sebelum solat asar
       # Selepas solat maghrib
       # Selepas solat isyak
+ Dalil : 
"Aku menghafaz daripada Nabi s.a.w solat dua rakaat sebelum solat zuhur, dua rakaat selepas solat zuhur, dua rakaat selepas solat maghrib, dua rakaat selepas solat isyak & dua rakaat sebelum solat subuh.."
(Riwayat Bukhari)

Sunday 26 August 2012

First Entry!!

Assalammualaikum.

Cobaan 1 cobaan 2 cobaan 3!! hello hello!! Ok, ktrg nak kenalkan diri ni. This blog belong to 2 people which are us : syakila & syeira :). We are real sibling, not a fake one ok.hee

Sebenarnya, ktrg saje2 je nak buat blog ni, buat isi masa bosan2.haha. So, since we are new here

buah cempedak di luar pagar,
 ambil galah tolong jolokkan,
 kami budak baru belajar, 
kalau salah tolong tunjukkan.. :)